Saturday, August 20, 2011

Permintaan Hati

Jika dengar akan aku, dengarlah dengan hati.
Jika lihat akan aku, nilailah dengan hati.

Hati ini tidak mahu sedih lagi.



Friday, August 19, 2011

dalam keadaan tidak baik

Saya tidak berada di dalam keadaan sepatutnya.
Moody tanpa sebab.
Seriously takde sebab langsung.

Rasa macam tak boleh nak relax kan diri sendiri hari ni.

SMS yang dihantar bertalu talu buat saya rimas dan hampir lemas.
Tidak pernah ku balas.
Saya menganggap kamu tidak lebih dari seorang kawan. Tidak boleh lebih dari itu.
Tolonglah faham.

Noktah.

Thursday, August 18, 2011

salam perantauan hehehe

Perbualan facebook di antara anak buah lelaki ku dan anak buah perempuan ku yang berada di perantauan.
Maknanya mereka adalah sepupu.
Sedih betul mereka tak boleh balik beraya bersama sama family kat sini.



Yang lelaki tu amik medic dekat Mesir manakala yang perempuan nya amik pharmacy dekat Aussie.
Tapi yang untungnya, duit raya saya. Save sikit. Yeay hahahahahaha

Pesanan untuk anak anak buah ku yang beraya di perantauan, jangan sedih sedih okay.
Makcik mu ini yang beraya merempat sana sini pun rilek je.
Peace.

I Miss them.

Wednesday, August 17, 2011

TER TER TER karok dekat Ole Ole Section 18

Lepas berbuka tadi, saya dan housemate bersiap nak pergi cari baju raya.
Kitorang cadang nak pergi Ole Ole kat Section 18 Shah Alam.
Dengar cerita baju kat sana murah murah. Below RM100 pun dapat yang cun dah.

Eh eh tetiba diorang ajak karok pulak.
Saya dengan mic? Usah cerita. Memang angguk laju laju.

Safwa pegang je mic tapi satu lagu pun dia tak nyanyi. pemalunya dia.

Time ni tengah nyanyi lagu Sembilu by Ella.
Karaoke ni dekat dalam Ole Ole ni nama dia Bintang Gemilang.
Murah gila.
20 lagu bayar RM20 je.
Nyanyi kau sampai sakit tekak lepas tu tergedik gedik pegi 7E beli air ribena blackcurrant.
Kelas kau Nabila!


Tuesday, August 16, 2011

why la today sooo boring?

Seriously, cuti hari biasa memang best sebab lonely kat rumah.
Tapi yang tak bestnya, nak berbuka puasa dengan siapa, makan apa dan di mana?

Oh tolonglah!

Berbuka puasa di Concorde.

Jangan tanya berapa harga per head kalau berbuka di sini.
Kalau tak silap RM80 kot sorang.
Eh saya tak berapa pasti lah. Ini adalah sebab sesi makan makan ini adalah tajaan dari my Team Leader untuk group kitorang. Kami insan terpilih tau ;)

My TL said " Please keep it up with your performance. Congrats and Thanks uolsss"


Rasa macam malas nak update apa apa, layan gambar aje. Jom!

Parking RM7 per entry.

Makanan dia biasa je. Boleh laaaa...tengah lapar sume bedal.

Boleh request nak lagu apa. kalau bufday dapat cake free sebijik.

Sedap ni tapi sayang lupa apa nama dia.

From left : Kak Suzanne (TL) and Saiedah (Top Perfomer)

Kuda belang with the marsh mellow salut coklat. omnomonom

Sherry tetiba rampas marshmallow saya untuk aksi ini.

Muka puasa tak bermaya.

Muka muka kenyang.

Cuma agak terkilan dengan Hotel Concorde Shah Alam ini sebab kemudahan surau agak sadis. Tak proper sangat.
Tempat wuduk untuk wanita bercampur dengan lelaki hanya cuma disekat dengan dinding tak seberapa je.
Membuatkan ramai yang tidak selesa.

Dan, entah kenapa malam itu terlalu ramai orang yang berbuka di situ.
Sangat ramai dah rupa macam kat bazar ramadhan saja.

Btw, Alhamdulillah.