Tuesday, July 26, 2011

wink ;)

Rindu kita tak?
Tidak? Eleh tipu Hahaha

hantu gigi
Okay sudah.
Saja nak cakap gigi kita dah rapat sikit dah. Sikit je pun.
Tak sabar rasanya nak pasang yang bawah pulak minggu depan.
Tapi tak sanggup rasanya nak menanggung kesakitan tu. Huh.

Okay babai.

Saturday, July 23, 2011

his family

I met them already :)

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa aku rasa sungguh bahagia sekali hari ni.
Aku berharap ia berkekalan begini.

Tapi aku tetap bersedia tak boleh fikir dunia ini selalunya indah.
Kadang ujian datang tanpa diduga.

Begini ceritanya kalau ada sesapa yang nak tahu lah kan, aku keluar makan dengan dia hari ni.
Dah lama tak keluar nervous gila okay. Plus ini first time dia tengok gigi rongak pink aku secara live.
Takpe malu tu aku simpan dalam poket kejap.

Kitorang lepak OldTown untuk lunch kejap.

Disebabkan henpon aku buat hal, kitorang pergi repair henpon kejap dekat Alam Sentral.
Okay, jahanam duit aku RM100. Cina apek tu cakap kene tukar ribben.
Takpe, Blackberry dah lama aku usha kau. Tunggu kau di situ.

Lepas tu, apa yang mengejutkan lagi.
Aku dinner dengan family dia kat Tasik Indah sempena birthday Mak dia.
Kebetulan atau tidak yang tu aku tak pasti.
Ramai wei yang ada. Mak bapak, kakak abang, pakcik makcik, sepupu sepapat gitu.

Anyway, bila dah nak balik aku salam dengan semua orang.
Lepas tu, sempatla aku wish kat Mak dia.

"Selamat Hari Lahir Makcik, sihat sihat selalu okay"
" Yer yer, thank you thank you so much sebab datang" - Oh sweet okay makcik ni kata aku dalam hatila.

Yang ayah dia pulak:-
" Pakcik nak tumpang ye. Mitak maaf ganggu hangpa. Pakcik janji duduk diam2 kat belakang. tutup mata. Pakcik sporting jangan risau" - Okay, pakcik memang sporting dan rawk. Like!

You guys really made my day. Alhamdulillah ^_______^

someonelikeyou

" Sometimes it last in love but sometimes it hurts instead"

Yeah.


Okay, Adele pulak dah sekarang ni.
Siang malam repeat.

Thursday, July 21, 2011

sexual harrasment at office

Haih.
Macam mana nak cakap eh?

Kalau gurau gurau biasa aku boleh terima lagi.
Tapi kalau dah sampai nak pegang pegang, gosok gosok aku dah tak boleh terima okay.
Selamba yaya kau pegang bahu aku sambil buat muka blur. Banyak kali kot.
Kau jangan cuba dengan aku eh. JANGAN CUBA!

Kena pulak suami orang.
Tak suka la macam ni.
Rasa macam nak tendang tendang je.

Nampak kaki ni. Nak kene tendang?


Susah betul nak percaya orang laki ni. (aku tahu tak semua tapi dah ramai aku dengar kes begini).
Kat rumah dengan isteri tapi dekat opis ada skandal. Ada hati nak menggatal dengan perempuan lain.
Nauzubillah.

Harap harap bakal suami aku bukan orang yang macam tu. Amin.
Kita bukan main setia dekat dia tapi belakang kita dia buat perangai.
Choiii betul. Kesian wife dia dapat suami macam tu.

Awas, ingat ye. What goes around comes around.

Manalah tahu kan, kita buat orang nanti orang akan buat kita balik.
Tak pun orang buat pada ahli keluarga kita ke.
Adik, Kakak, anak sedara.

Kalau macam tu, kamu suka ke tengok mereka bersedih dan makan hati?

Dah kenapa pulak entry aku hari ni sungguh beremosi ye?
Memang memang memang.

MEMANG AKU TENGAH BENGANG!

Bengang dengan apa yang terjadi pada diri sendiri dan juga pada orang sekeliling.

Macam kes kawan aku sorang ni, kakak dia baru je kahwin 2 tahun dah dapat anak sorang tapi suami dia ada skandal kat office.
Kantoi SMS dan siap pergi tengok wayang bagai.

Aku tak boleh terima okay manusia yang macam ni.

BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Malas ah nak cakap banyak takut benda macam ni terjadi pada aku suatu hari nanti.
Mintak jauh dowh.

Wednesday, July 20, 2011

Trust

 
" A relationship with NO trust is like a car with no gas. You can stay in it, but it won't go anywhere "


 

mari bersahur :)

Tadi kan super lapar sebab last sekali makan pukul 4 petang tadi kat office.
Lepas tu balik rumah pukul 8 malam. Tertido kejap sebab sakit kepala menahan sakit gusi.
Bangun bangun pukul 930malam perut lapar sampai menggigil. OVER hahaha

Gusi sedang membengkak sebab semalam terliur gila tengok kopok lekor kat Kedai Aimar.
Lalu aku beli 4 hengget tapi lepas dah makan satu terus rasa lain macam.
Bangun pagi gusi bengkak. Terbaek sangat!
Padan muka kau siapa suruh degil ikut nafsu serakah?
Huwaaaaaaa

Jenuh aku selongkar menghadap peti sejuk apa nak dimakan ni. Ada choc dengan air kotak je banyak. Haiyaaa :(
Tekak aku pulak skang ni dah takmo layan biskut. Dah bosan. Dah muak. Wekkk

Aku amik kerusi aku panjat kabinet dapur. Ada coco crunch & corn flakes bulan puasa tahun lepas.
Nak mati kalau makan?

Akhirnya haaaa dah jumpa. Tin sos carbonara mushroom prego dengan fettuccine *melompat kegembiraan*
Terus tebuk tin tuang dalam kuali, rebus dan toskan.
Gila instant tak sampai 15 minit kot. Lagi senang dari masak maggi. Serious.



menu pemalas macam aku.
Masak 15 minit tapi licin dalam 5 minit je. Betul betul lapar di kala pukul 1230 malam begini.

sebab takut duduk depan sorang2 bawa masuk makan dlm bilik. ish ish
Disebabkan perut dah kenyang, niat untuk sambung ganti puasa esok diteruskan.
Ada lagi 3 hari wei.

Okeh, chiow lu nak sambung meniarap layan movie korea ;)

Nite!