Thursday, February 3, 2011

Pfffttt

Hampir 2 bulan hidup menjadi complicated dan saya sudah semakin lelah.
Sampai bila nak macam ni.
Hmmmmm

Lepas incident malam yang lawak bangang tu, keadaan dah jadi lain macam.
Kalo sayang cakap sayang.
Kalo marah lempangkan aje.
Ape susah...

Suka tau buat perkara2 manis tak tentu pasal.
Dah tak pasal skang ni mula bergayut macam monyet comel di kala malam dan tersengih sorang bila dapat sms.

Alahai pompuan, kenapa engkau cepat sangat cair macam coklat cadbury?
Hah? Apa dia? Sebab sayang? SAYANG? Ape benda alah "sayang"tu?
Shit.

Love Xoxo,
Gadis yang kamu panggil Si Muncit!

Wednesday, February 2, 2011

Should I Say YES?

Apa saja dalam dunia ni ada pilihan.
Setiap pilihan mesti ada pengorbanan.
Dan pengorbanan itu selalunya menyakitkan hati.

Oleh itu, malam ini..

....


...



....



....



SAYA TAK PILIH APE APE PUN :P


[nba]


Tuesday, February 1, 2011

dasar perempuan

Saya sedang bercuti ni. Jadi memang tak boleh duk diam. syok woh cuti hari orang sedang sibuk kerja. Pergi mana2 pun tak crowded. Saya benci kalo tempat ramai2 orang ni. Kerimasan.

Oh Yes! Bulan ni saya shopping tak hengat. Banyak. Sampai tak muat tangan.
So how la saya nak survive sampa hujung bulan ni?? uwaaaa Im broke :(

Anyway, shopping itukan terapi tuk pompuan hehehehe...banyak sangat engkau punya cun.
Bulan ni saje saya rasa dah beli 10 helai baju, satu seluar jeans, satu skirt vintage, 1 pump shoes, 1 sandal wedges  dan 5 helai tudung.
Terpaksa beli beb sebab saya semakin membesar.
Baju yang sedia ada dah jadi sempit tak selesa nak pakai. Ketat di beberapa tempat :(

Kalo dulu pakai seluar jeans size 24. Ahaaa comel kan? tu pun still longgar lagi.
Tapi skang size seluar saya skang malu nak cakap. Giler dasat. Try kat dlm fitting room sambil bergenang air mata sebab sukar untuk dipercayai dan terima hakikat. Demmm demmm

Sama dengan baju jugak. Kalo dulu saya pakai baju size XS. Bukan suke suke nak pakai kecik2 or ketat2 beb tapi memang itu size saya. Tapi mak datuk sekarang, size S pun dah jadi macam balut nangka. Yeah saya dah pakai baju size M skang ni. Masih dalam situasi belajar menerima kenyataan. Very the damn u know?

Tapi macam pelik pulak berlaku dengan kaki saya. Rasa macam dia makin kecik. Try kasut sume jadi longgar giler sampai saya terpaksa pulak beli padding. Ade kemungkinan ke kejadian cenggitu terjadi? hahahaha

Merapulah saya ni.
Oklah..

PS : Mood agak happy lately ;)

Monday, January 31, 2011

Hai mama wannabe!

Semalam aku lepak dengan mak budak.
Dalam perut dia ade insan comey yang sudah mula bergerak2. Gerammmmm ;)
Eksaited giler kot kan bila pregnant? Noli, cer citer!

Kitorang lepak kat Mamak Ali seksyen 13 tu yang dah tiga bulan aku kempunan nak makan nasi lemak sampai ke hari ni tak dapat. Bengang siot! Mengalahkan orang pregnant pulak.
Asal aku pergi je nasi lemak tu cuti. haih kemain siap ade cuti2 lagi engkau. Tahu tak aku dah tahap kempunan giler vavi dah ni. Oleh itu, aku tibai roti canai dengan teh o limau ais je semalam :(

Lepas tu kitorang pergi Sunway Pyramid. Pusing2 konon nak shopping (dasar pompuan betul) tapi aku tak beli ape2 pun. Oh setan, engkau tak berjaya hasut aku semalam. Padan muke hahahaha

Biasala kan, bila dah jalan dengan wanita mengandung ni dia cepat penat sikit. cepat hauslah, cepat lapar lah. Kelakar tapi macam agak munasabah dan sesuai la kan perangai cenggitu. Takdela mengada2 sangat lagipun aku kesian kat baby dlm perut Si Noli tu. Mungkin dia lapar kan...

APA PASAL ASYIK CERITA PASAL BABY? hehehehe

Penat tau pusing2 sambil bergosip meluah sana sini sampai muka kawan aku ni pun dah pucat sebab dah haus giler. Pastu aku bawak dia gi foodcourt beli air dulu. Tengokla muka dia kat bawah ni.

Mari kita kira taik lalat dia yuk ;)

Mari kita tampar2 pipi dia yuk :P

Tau la preggy.tengok tu! kemain lapoooo
Dah tu, kitorang balik pegi balik lepak kat Mamak Ali yang sama tu dengan harapan aku bolehlah makan nasi lemak tu. Tapi aku rasa  MEMANGBUKANREZEKIAKULAH! Tak merasa jugak (sedih bercampur bengang kali kelapan belas dah ni)

Anyway, thanks kat Noli & Ir (papa & mama wannabe) sebab tolong aku pamkan angin tayar kereta aku yang dah kempis sangat tu. Sumpah aku tau redah bawa je. Patutla rasa semacam je bila amik konar baring tu rupanya tayar depan kempis daaa. Ishhhh

Aku rasa aku kene belajar pam tayar sendiri la. Takpun belajar cara tukar tayar pulak lepas ni. Kalau ade pape tepi jalan tak payahla susahkan atau tunggu orang untuk datang betulkan. Dengan sexy nya, aku boleh betulkan sendiri kan hahahahaha bajet kuat! Tapi siyeslah, ini penting apeeee....

Okayla, aku rasa macam dah masam semacam dah ni. Dari kul 5 tadi lagi balik sampai skang pukul 10malam tak reti2 nak mandi. Bluwekkkkk

Chiow lu!

PS : Mari bernyanyi dalam jamban bersama2 yuk ;)

[nba]

Sunday, January 30, 2011

kemalasan

Hello Sunday!
Tiada sebarang plan untuk hari ini.
Mahu guling guling kat rumah je kot.

Perasaan malas melampau lampau sebab cuaca hujan. Wooh sangat syahdu tambah pulak saya terpaksa bergelumang dengan period pain neh. Sakit dowh!

Penyelesaiannya, panaskan seterika lepas tu gosok kat perut. Kelegaan terasa di situ.
Huh memang leceh jugak jadi pompuan. Kena buat perkara2 pelik tapi benar.

Okayla, saya nak pergi makan biskut cicah cicah milo.

Daaaa....Selamat berhujung minggu :)


PS : Kalau keluar nanti habis duit. Kene belajar berjimat huhuhu

Saturday, January 29, 2011

Break Even

Ini mampu buat saya sedih.
Tersentuh hati wei tengok ketulusan & kesetiaan mamat kerinting neh jaga girlfren dia yang sakit.




Orait, dah mula demam Americon Idol bukan Akademi Fantasia.
Sebab AF banyak poyo!

kalau takut mesti nangis

Lumrah standard la kan. Kalau takut semua orang akan nangis kot.

Alkisahnya semalam yang sangat panas. Kesemua ahli rumah saya berkumpul kat depan. Ade 3 orang sedang bergosip manja di depan dan SORANG lagi tido dalam bilik sebab demam.

Jam lebih kurang pukul 1030 malam. Saya yang eksaited dengan baju2 baru masuk bilik sebab nak try. Biasala pompuan kan. Eksaited lebih..

Tetiba, lagi kawan dua orang menonong masuk bilik saya dan terus kunci pintu dengan muka pucat kesi. Saya pelik ah. Dorang kata ade orang badan besar nak masuk rumah kitorang siap ade kunci bagai. Saya memang dengar ade orang buka kunci solex, grill & pintu dan melangkah masuk dalam rumah. Demmmmmmmmmmmmm

Kami tak kahwin lagi (kawan saya yang cakap). Saya pulak dengan tak berapa lengkap pemakaiannya (jangan imagine, berdosa hahaha).

Kami bertiga menggigil pucat nak mampos. Cuak giler kot. Ya Rabbi! Sumpah saya terduduk sebab dah takut sangat. Pastu capai henpon call member yang memang tahu rumah kitorang. Nasibla ade sorang budak opis saya. Dengan suara cemas hampir nak nangis tu saya suruh kawan datang rumah selamatkan kitorang.

Dah tu, call pulak Afiq sambil nangis2 sampai susah nak explain citer sebenar apa yang berlaku. Nama dia je saya duk ingat hahahaha...Mengada ngada betul.

Okay, penjahat tadi masih berada dalam rumah kitorang. Terdengar jejak kaki dia berjalan tetiba dia terpacak depan bilik yang kitorang tengah cemas ni. Pastu housemate saya yang sedang tido bilik depan tu panggil kitorang suruh keluar. Wah kitorang bajet penjahat tu letak pisau kat leher dia pastu paksa paksa dia kan. Lagi kitorang cuak.

Akhirnya masalah selesai apabila kawan kitorang tu explain rupanya tadi dia keluar dengan boyfie dia tapi kitorang mati mati ingat dia tido dalam bilik.  

JADI SEKARANG NI YANG BUKAK PINTU KEJADAH TU ADALAH HOUSEMATE SENDIRI!

What the???

Saya malu giler tahap babun kot.
Malu dengan kawan opis, malu dengan Afiq!
Penat berdrama airmata tau.

Jadi, dengan kejadian yang menimpa kita mesti tahu sape yang ade dalam rumah dan check betul2. Jangan main agak je kan dah susah kalau situasi cemas macam semalam terjadi.

Oleh itu, kitorang akan beli satu memo board tampal schedule keje masing2 dan kene selalu keep in touch. 
Sape nak keluar bagitahu, bukan sebab nak jaga tepi kain tapi nak elak ketakutan melanda. Sekarang ni macam2 kes je kan. Grrrrrrrrrrrr

Itu sahajalah episod drama queen kitorang. rasa nak pegi opis pakai topeng je hahahahaha


Bye, TAKE CARE :)