Friday, December 31, 2010

Pergi

Hari ini genap sepuluh tahun Arwah Ayah kembali ke rahmatullah.

Waktu tu saya umur 15 tahun. Result PMR pun arwah tak tahu. Elok juga sebab result saya tak gempaq langsung. Maaf Ayah.

Ayah meninggal sebab sakit jantung. Mungkin juga paru paru. Ayah memang sangat kuat merokok.
Dua hari sebelum meninggal doktor kata paru paru ayah sudah jadi hitam. Tapi ayah citer sambil gelak2 kat kitorang. Dia kata dia dah stop slow slow. Dia kata doktor tu tipu dia. Dua malam ayah sakit dada tak boleh tido.

Ayah "pergi" malam kakak saya bertunang. Hari raya ke 4 kalau tak silap masa tu.
Patutla siang tu ayah tak macam biasa. Dari seorang yang pandai bercakap dan peramah menjadi seorang yang malu malu masa majlis bertunang tu.

Ayah juga sangat suka bergambar masa hari raya. Habis semua anak cucu dia nak bergambar sambil rokok ade di tangan. Hmmmm
Walhal ayah bukan seorang yang suke bergambar. Kami adik beradik pelik tapi masing2 tak perasan itu adalah petanda awal.

Paling terkilan, saya tak sempat mintak maaf dengan ayah sebab petang sebelum arwah meninggal saya ade gaduh gaduh manja dengan ayah.
Ingat lagi, masa tu saya tengah cakap2 talipon dengan kawan yang duk sibuk tanya kenapa ramai orang kat rumah saya. Semuanya siap berbaju kurung dan bersongkok kopiah. Saya cakap tade papela...

Tiba tiba :-

Ayah : La, cuba tengok ade lagi tak nasi kat dapur. Ayah laparlah.
Saya : Hmmmm...entahla...(jawab acuh tak acuh)
Ayah : Pergila tengok kejap.
Saya : Alaaa...kejapla ayah ek. Kawan talipon ni.

Terus Ayah senyap tak cakap ape. Sumpah saya terkilan sangat2.

Perginya Ayah menjadikan saya yatim piatu. Saya redha dan pasrah. Sebab Allah lebih menyayangi Ayah.

Untuk yang telah pergi, sama sama kita mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Al-Fatihah. Amin.

Terindah


Ayah, orang rindu sangat sangat ;( ;( ;( ;(


PS : Dua hari lepas saya mimpi gigi tertanggal. Ya Allah!


Anak Ayah,
Billa

bagi hadiah dapat hadiah.

Tempat keje saya ni kelakar jugak. lebih manis kalau dikatakan sporting.
Asal ade je pape event kat dalam malaysia malah dunia ni kompem nak jugak involve.

Okay, nak cakap jela saya dapat hadiah.
Kan dah cakap kitorang ade sesi tukar2 hadiah. Mula2 saya macam malas nak contribute but then diorang cakap cumpolsory pulak. Kalo tak join engkau berdosa eh bukan engkau tak sporting dan juga memalukan diri sendiri sebab kedekut ngeeee...
Finela...tu sebab saya kelam kabut pegi cari hadiah sampai terlepas nak tengok match Piala Suzuki Msia vs Indon hari tu. Tapi tak beli ape ape pun. buat penat kaki je. Hampeh.

Nak tengok saya dapat ape? Ni haaaaa....


Tengah busy kat opis sempat siot curi snap 1 pic.

Pemberinya nama Rasyidah. Dia comel.

Tangan yang macam kaki sedang rakus bukak hadiah.
Sila abaikan bintik2 merah kat tangan tu. Itu gigitan nyamuk masa balik kampung. Nyamuk okay bukan orang.

Dapat frame gambar you. Buleh letak 5 pic bf yang berlainan.hoh
tengah pilih gambar ape nak tempek kat frame tu ;)

Yang ni hadiah saya tuk bagi orang. Adelaaaaa

Owh, yang kelakar. hadiah saya dapat kat Cik Sherry Wahid. Geng jugak.
Anyway, sweet dream ya sherry. Bila tido ingat aku tau.

Yer, saya kasi comforter. Tak guna pun lagi. Beli kat Padang Besar, Perlis.
Sayang comforter sebab dia comel tapi bak kata orang kalau sayang lepas lepaskan. Boleh gitu?

Blah la.

PS : Psssttttt...pecah rekod pagi tadi saya pegi keje tak mandi sebab kelambatan melampau. Giler buruk perangai hahahahahaha



Thursday, December 30, 2010

Kalau boleh

2010 dah nak habis.
Tapi banyak yang tak teratur seperti yang saya inginkan.

Saya pernah berangan untuk jadi seperti ini :-

1. Umur 25 tahun dah ade career yang stabil. Tapi malangnya sekarang saya hanya pekerja kontrak.

2.  Umur 26-27 tahun, dah kahwin dan dapat sorang baby. Bolehlah poyo poyo jadi ibu mithali. Dan juga merasa ade mak atau ayah even mentua pun kan.

3. Umur 30 tahun, dah ade rumah idaman sendiri. Pastu boleh main main deco sendiri. Tiap minggu pegi serang IKEA.

4. Umur 35 tahun, ada kereta, rumah, anak, suami. Ape lagi mahu?

5. Umur sebelum tua, nakkkk sangat jejak kaki ke Tanah Suci. Nak melawat pusara arwah Mak. InsyaAllah.


Well oh well, berangan tu kadang2 bagus jugak sedikit sebanyak boleh menginspirasikan kita untuk lebih ke depan lagi. Bukan perut je mahu ke depan sebab buncit tapi misi, visi dan transformasi gitewww...

Itu saja. Stop dreaming Cik Nabila pegi mandi cepat!

~Nba~

I'm sick



Do you know what's the real meaning of  HURT?


It's when someone made you very special yesterday but made you feel the most STUPID person today.





Malaysia Menang. Daaa Indon!

Bengang sikit. Bercampur BANGGA lebih.


Langsung terlepas nak tengok bola kat tv Malaysia vs Indon tadi. 
*sigh*
Sebabnya terpaksa rush pegi cari hadiah tuk event besok kat ofis.
Alahai...ade MAIN TUKAR TUKAR GIFT la pulak. Ini mesti sebab Christmas Eve ni.
Bijak betul strategi korang ek. Tapi kan, saya tak beli papepun. Bukan takmo beli kedekut ke hape tapi sebab buntu nak beli ape. Memang fail betul lah kalo bab kasi hadiah neh. Kalo terima laju je...mengaku mengaku :P

Papepun tahniah Malaysia sebab menang tadi. Walaupun saya tak tengok ngeeee...
Oh btw, terima kasih sajela kat orang yang rajin bagi sms kat saya selang beberapa minit tu.
Kejap kejap update pasal bola. 

"Msia gol 1"
"Msia menang!!! ;)

Tetiba...

"Rindu"

Macam comey jugakla anda buat camtu tapi sorry saya senyum kelat je bila baca.

Sampai umah je terus nampak pemain Malaysia duk julang2 piala. Hebat korang.Syabas yer :) 
Betul ke dapat cuti sebab Malaysia menang?
Hmm cuti atau tidak sama je bagi saya.

Chiow lu.

Alolo comey lagu neh



Lirik The Ramlees (Yuna, Mira Tilu, Liyana Fizi & Najwa) – Itulah Sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Terdengar lagu neh time tengah tensen duk berfikir tadi masa bawak kete balik dari giant.
Bajet kepala hutak tensen abis padahal pikir pasal hadiah je pun hahaha poyo poyo.
Bila dengar lagu neh terus cancel niat nak bertensen tensen.
Terus gedik2 ala menari syok sendiri sampai mamat lori sebelah tengok lain macam. Gila apa budak ni? Mungkin itulah dia kutuk saya kot hahahaa. Lantaklah blerghhhh

Sememangnya lagu ini amatla cool bukan? Lagu lama dialih versi baru.
Penyanyi pun besh2. 
Hok hebak2 belako doh weh.

PS : Takkan lah aku suka Yuna kot. Asal lagu dia je aku suke. Rasanya macam biasa je. Pape jela.


" Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang "



Wednesday, December 29, 2010

Jangan percaya mimpi?

Sume orang pun penah mimpi kan bila tido?
Tipulah tak penah. Hepp tak baek tak baek menipu okay.
Saya paling pantang orang penipu tau huh 

Btw, masalah saya ni salu sangat mimpi.
Dan mimpi tu kebanyakannya menggangu kualiti tido saya dan juga kadang2 buleh effect mood satu hari.
Samada spoil mahupun sengih sengih kumbang satu hari.

Alkisahnya camni, semalam saya mimpi rambut saya yang panjang ikal mayang ni (perlu ke mention begini?) dipotong pendek macam rambut saya tahun lepas. Maknanya jadi pendek. pendek okay.
Kalo ikutkan realiti saya sayaaaaaaang nak potong tapi dalam mimpi tu kemain lagi suke lompat2 bila rambut dah jadi pendek. Eh terbalik pulak kan.

Saya pun rajinkan diri pegi google apa maksud mimpi tersebut.

Maknanya AKAN BERPISAH DENGAN KEKASIH HATI!.

Hamek engkau hahahahaha

Hobi kedua dua budak di atas
Sori pic serabai giler. Tapi u look so sweet dengan janggut kecewa itu lah dear!

Kalau ikut maksud mimpi tu, patutnya saya kene buat garisan "crack" kat pic tu kan, kat tengah2 tu. Alaaa susah la nak explain gua tatau ape benda alah tu apatah lagi nak editnya.

WHATSOEVER lah wahai mimpi.

Okay, jom tido. esok keje pukul 730 pagi sape mahu kejut kamu cik nab? Sekarang kamu dah takde pengejut peribadi. Sudah sudah pegi tido.

Bye. Gudnite. Jangan mimpi ngeri lagi tauuuuuu.