Saturday, November 27, 2010

Smile! It makes you Gorgeous =)

I've come to realise a few things about being "gorjes" :-

One - A big smile is always pleasing to the eye

Two - Having a unique look wins our hearts

Three - Being friendly to everyone you meet

:-)
=)
;)


Of course, good attitude will helps a lot too, Enjoy!!!



Haaa...ape lagi senyum laaa cepat!

Sincerely,
*Nba*

Friday, November 26, 2010

Semakin Rimas

Entry title nak negatif hehe...
Saya tak fahamla kenapa ada sesetengah orang susah nak faham.
Saya dah bagi hint tapi masih tak faham.
Eh, susah sangat ke nak faham? Takkan nak saya cakap you nyah dari sini baru nak faham ka? Aiyooo...

Tak cukup sms, engkau IM aku nak borak2..nak sembang2...
Tak cukup IM engkau datang menyemak buat muka konon paling hensem kat depan aku.
Kalo tak reply boleh pulak duk tanya sibuk sangatkah aku.
Suka hati saya lah tangan saya kan..

Weh, even orang lain cakap engkau macam korea ke macam stylo nak mati ke tapi sepertimana aku penah cakap dengan engkau "You're not my taste".(walaopun dalam gurauan tapi aku really mean it dude)

"You sweet...you hot.." 
"You inspirasi i untuk datang keje"
"You kenapa tak keje arini?..you OT pukul berapa?"
"You lunch kul bape..kita lunch sesama okay" 

Ewwww...What the heck??? Hello! ape ingat engkau jadi sweet talker macam tu aku cair mcm coklat kot. Dahla dah ade awek tapi still ade hati nak flirt dgn orang lain.Ish teruk betul..pantang betul orang cenggini.
Kesian awek dia...eh tak silap saya dia dah bertunang kot...tak sure la betul ke tak.Saya dengar ni pun dari budak2 office.

Saya tak kisahla kalo niat dia just nak berkawan je dengan saya tapi macam pelik je cara dia berkawan. Haih. Nak berkawan boleh je kawan lah betul2..Tak payah nak puji2 ke ape ke saya macam tu. Saya bukan seorang yang dahagakan pujian okay. Haha ayat tak leh blah.
Saya pun jadi serba salah...Kalo tak layan cakap saya ni sombong, poyo, perasan cun ke hape..
Tapi kalo layan makin menjadi jadi pulak. Banyak betul soalan dia sampai mengalahkan boyfriend saya sendiri.

Saya semakin rimas la...rimas rimas rimas sangat2. Macam mana nak buat ni. Saya tak tahu nak handle dengan orang yang perasan dia boleh pick up sume pompuan dengan muke dia bajet hensem tu.
Oh pleaseeeee! Help me!

RIMAS!!!! Engkau tahu tak?

Regards,
*Nba*

Tuesday, November 23, 2010

My Pujaan Malaya

Macam kembali zaman2 dolu plk bila dengar lagu neh.
Suara pompuan neh macam saloma siot.
Baguslah!

Dah donlod dalam henpon pastu salu bawa henpon masuk bilik air dengar dan nyanyi bersama2 =)

Tiada kau aku gila bayang
Tiada cintamu ku tak senang
Cemburu
...Kau Pujaan Hatiku...

PS: Hey, tak elok puja puja orang nanti kalau jatuh terjelepuk kechewa baru padan muke :P

Mimpi Saya Ok ;)

Jam menunjukkan 1pagi malaysia skang (mmg ah ko duk mesia jgn poyo buleh tak?)

Awat entah tak leh nak lena lagi. Pusing kanan pusing kiri.

Adakah sebab terbawa2 tgok citer Skyline semalam sampai aku duk mimpi makhluk asing membuatkan aku fobia nak lena?

Adakah sebab aku minum ayaq gas 2botol besar membuatkan perut aku rasa lain macam ja neh?

Adakah sebab kaki aku rasa macam nak lumpuh sebab penat beli barang dapur kat giant tadi?

Arghh banyakla engkau punya adakah cekadak kah.

Hmmmmmmm

Okayla, yang mana dah lena diulit mimpi tu jangan lupa mimpi saya okay ;)

Saya aje tau tak mau orang lain okay hehehe..

Good Nite. Sweet Dream!


Regards,
Nabila

Saturday, November 20, 2010

Etoi kawen kat Cheras

Sekarang memang musim sedara mara dan para sahabat handai kawen.
Jadi every week ade je kenduri yang patut di attend.
Yang banyak tak attend pun ade jugak sebab di atas beberapa faktor. Jauh, masa dan juga rasa entah macam tak perlu pergi pun ade jugak hikssss

Ini kawan kolej saya kawen kat Cheras. Etoi nama dia.Nama panjang Saidatul Akmar.
Kebetulan saya online fesbuk pastu nampak "Its happening NOW" tuk event tu lalu capai henpon aino saya yang hitam menawan tu dan terus text Puan Suraya dan juga Cik Jay.
Bertanyakan mahu pergi ke tidak sebab saya ketiadaan geng nak pegi lantaran semua orang ade agenda dan kenduri jugak.

Okay, Puan Suraya cakap dia nak sidai baju dulu pastu baru suruh saya datang amik dia kat Sunway tapi Cik Jay menipu cakap busy dan berada di luar kawasan iaitu dia tibai cakap dia di Johor.
Tak tau betul ke tak. Biarla dia.

Dan yang penting, Puan Suraya ini kawan baek saya dari form 5 sampai ke dunia kolej penah satu katil satu selimut dua bantal dan berbasikal sama2.
Cool woh!

Saya siap text kasi remind sama Puan Suraya "Jangan lupa bawa lil Hannah Fakhira yang comey gedik tu".

Sudah.jangan merapek lagi.
Style menulis nak buat style cakap memang tak habis la dowh. Lenguh.

Kitorang dengan pengantin

Tatau apa motif saya snap pic neh padahal budak2 ni saya tak suke dulu.huh

SELAMAT PENGANTIN BARU ETOI DAN ABANG AWAK!

Semoga berbahagia selalu and wish me too ya.


*Nba*

Friday, November 19, 2010

Citer Unstoppable..Beshhh =)

Saya dah tengok citer Unstoppable weh.
Besh giler...Even tengok midnite pun saya sikit pun tak ngantuk.
Fuhh bulat bulat mata saya.

Hero dia pun buleh tahan...hensem ;)
Oh sori saya tercurang sebentar ngeeeee....


Mekasih belanja saya ;)

Hensemnya..yang kat bawah tu.
Meh saya kasi preview sikit...Citer dia cenggini, pasal 2 hero kat atas tu haaa....
Dorang keje dgn syarikat keretapi jadi mmg keje dorang bawa dan jaga keretapi lah kan.
But one day, ada 2 keretapi bergerak di landasan yang sama tapi bertentangan arah. Maknanya akan jadi perlanggaran antara satu sama lain.

Fuhh..dah duk dalam misi mengelakkan perlanggaran tu kompemla ade action2 yang dum dam dum dam...
Yang hero atas tu super senior dalam bahagian bawak keretapi ni tapi dia pangkat bawah2 jela.
Dia duda ade dua anak pompuan.
Pastu yang hero hensem ni dah kawen tapi ada masalah dgn bini dia (misunderstanding) tapi dorang love each other then ada anak laki sorang.
Sweet kan?
Imagine, kalo dua2 keretapi tu bertembung kompemla dorang mati kan?

Okay, malas nak citer dah.
Tengok sendiri ah tak pun beli dvd lepak umah sambil makan nasi cicah sambal belacan pun cun jugak.
Daaaaaaaaaaa

Dasar pemalas hahaha :P

Selamat Pagi Camera!

Mulakan pagi dengan senyuman dan gembira sempena mood raya.
Sambil panas enjin kete sempat lagi capai hp dan aktiviti biasa.

Gambar!

SATU

DUA

TIGA

EH, Ade lagi?


Okay, LAST!


HAHAHAHAHAHAHAHAHA


Balik dengan muka masam lepas kene sound. huh!