Thursday, June 16, 2011

Nora Elena dah nak habis baru gedik nak layan

Yess yesss aku selalunya ketinggalan jauh di belakang.
Selalu macam tu tau.  Choy giler.

Kalau ada pape news ke, movie ke ape ke aku mesti yang last tahu. Mesti yang last tengok.
Macam cerita Kuch Kuch Hota Hai dulu tu la.
Aku ingat lagi masa tu aku darjah 6 time cerita tu keluar meletop kebabooomm tapi korang tahu aku layan cerita tu masa aku form 3. Lambat 3 tahun HAHAHAHA loser nak mampus!

Orang lain dah sibuk kepoh satu malaysia aku baru terhegeh hegeh nak tengok drama bersiri yang super hot meletop sekarang ni.
Nora Elena. Korang pun sure dah layankan? Memang dah tahu korang memang kaki drama hehehehe

Ini semua gara gara aku MC 3 hari tu la.
Budak budak rumah aku duk layan jadi aku terjebak sekali heeee....
Lagipun semua status kat facebook tu pasal drama ni jer. Selalu gak tanya budak budak lain besh sangat ke cerita ni tapi setakat tanya jela time tu kerja memang takde masa nak tengok.
Kalau duduk rumah pun memang aku terperap je kat dalam bilik ni haaaa dengar lagu sambil lipat kain.
Okay nampak rajin di situ bukan? Memang hobi la derrrr lipat kain ikut simetri.

Okay dah lari dari topik penulisan. Kembali semula Cik Nabila.

Bila dah tengok besh jugak cerita ni. Oh ada Aaron Aziz rupanya...Woweeee HAHAHAHA gatal.
Yang tak syioknya bila dah tengok kat tengah tengah memang aku ting tong habis. Tak tahu kebenda haram pun.Mana kepala mana ekor.

Fineeeee, aku buat kelakar sebab sanggup gugel pasal drama ni  then aku jumpe blog ni.
Ade link semua episod Nora Elena.
Dari balik keje pukul 4 tadi aku layan sampai sekarang baru habis episod 3.

Kalau ada yang  manusia ketinggalan seperti aku dan takpun kalau rasa macam nak tengok balik, klik ah link tu. Aku tahu korang memang suke...cakap tenkiu now huhu

http://mediaprimatv.blogspot.com/2011/06/nora-elena-episode-1-episode-12.html

Okayla, aku nak chiow dulu dah pukul 7 ni ada date dgn Aaron Aziz dowh.

Babai.


Nota : Memang boleh terbang di awangan bila tengok betapa apakah sweet cerita ni. *senyum gedik*

Wednesday, June 15, 2011

Inilah dia. besi yang menyiksa jiwa raga.

Ya Allah, sakitnya!
Dah 3 hari mc sebab braces ni korang tahu tak?

Setakat ni, aku dah meraung lebih kurang 4 jam sekali.
Bila sakit makan ubat dia okay sikit. Lepas tu, bila kuasa ubat tu dah hilang rasa sakit tu datang balik.
Fobia seyh.

Now, aku macam dah ready sikit nak tunjuk gigi besi pink aku ni kat korang.
Korang je yang boleh tengok tau orang lain belum lagi sebab aku dah 3 hari tak keluar rumah.
Bertuah korang ni HAHAHA


wanita besi, mata lebam sebab malam2 tak boleh tido :(
Tengok tu, habis bibir mungil comey aku pecah pecah tau. Mungil dan comey la sangat kan HAHAHA
Ulser dalam mulut dah besar 20 sen siap bernanah lagi tau.
Aku ni dahla tak pernah kena ulser. Kalau ye pun setahun sekali je kot tu pun sebab gelojoh gosok gigi.
Memang tak leh blah wei kena main spray ubat pahit dalam mulut.

Itu pandangan dari sisi nampak macam boleh tahan lagi.

Kalau aku tunjuk dari depan mahu tersembur pada korang yang sedang minum.
Kalau ada yang baru nak telan air liur kompem tersedak.

Gambaran dari depan aku nak korang imagine sendiri.
Sangat tidak cool okay. Aku paling benci rongak!!!! Arghhhhhh stresssssss....

Aku perlukan ubat penenang. Ubat anti stress.

Semangat aku kadang kadang naik tapi kebanyakkan nya jatuh merudum.

Come on, chill Nabila chill! Cool ape begini. Rare sikit.

Tuesday, June 14, 2011

She's officially taken :)

Dah jadi isteri orang dah sahabat terbaik aku ni secara rasminya 04 June 2011.
Berakhirnya pernikahan dia maka bermula lah soalan soalan biasa yang aku dah penat dan tak tahu nak jawab dari orang sekeliling.
Aku senyum jela takpun paling paling busuk aku cakap InsyaAllah dan doa doakan lah untuk saya :)

Penat weh kenduri kendara ni.
Aku takdela sibuk kat dapur tapi sibuk ke hulu ke hilir. Tapi still penat nak mati.
Pengapit katakan.Harusla sibuk. Dalam masa yang sama nak melayan tetamu yang datang haritu rata rata kawan kawan kitorang dari sekolah rendah. Kawan dia kawan saya jugaklah.

Seri pengantin

Sebelum berangkat ke masjid untuk akad nikah

Penuh debaran ye Asrul?
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri.
Si Noniey macam biasa ah ratu airmata menangis dengan lebat. Sepatutnya saya la yang nangis kan?
Tapi cool je tahan dalam hati sebak jugak seposen huhuhu

Pic ni aku rasa aku macam mak nyah.

Time berarak ni panas terik, dah petang tu hujan pulak

Anie yang susah2 datang dari KL naik kete 7jam nak patah pinggang katanya hehe

Haaa tengok tu, gigih kipas pengantin tau

Siap touch up bagai. Good bridemaids rite? hahaha

Memang penat sampai tertido atas sofa wa cakap lu

Outdoor photoshooting @ Pantai Telaga Papan. 15min je dari rumah pengantin

Tengok. Sunset! Indah betul kan.

Kawan kawan yang lain pun sibuk nak bergambar jugak kalah pengantin
Pura pura berebut bunga pengantin.poyo

gedik. ini bukan pura pura tapi memang HAHA

Bidi yang sanggup fly dari KK walaupun demam.

Majlis bertandang di Pendang, Kedah. 09 June 2011

Oh my dear fren, im so happy for you :) 

Please Asrul, Janji dengan aku ko akan jaga sahabat aku baik baik.

Pipi makin tembam lengan macam ahli gusti. sekian.

Hai Noniey & Asrul, cepat cepat dapat baby tau aku tak sabar nak tengok anak korang.
Tahniah dan semoga kalian berdua bahagia sampai hujung nyawa.

Jangan risau, InsyaAllah berkat doa korang bersama semoga aku pun boleh pakai inai macam korang jugak tak lama lagi. Angan angan.
Terkilan tau hari tu inai tak cukup aku nak pakai. Mencik!

1st day pakai braces

Sebenarnya aku dah lama teringin pakai braces ni. Sejak dari kecil lagi tapi tak tercapai sebab abang dan kakak aku yang lain tak kasi.
Diorang cakap tak payah, seolah olah aku membuang keunikan yang sedia ada.
Dah cukup comel dah diorang cakap HAHAHAHA yang ni aku tambah sendiri okay :D

Tapi aku segan weh.
Kalau nak tahu, gigi aku ni pelik sekit. Ada terlebih satu. kat depan pulak tu.kecik je.
Memangla kalau sekali pandang tak perasan tapi kalau berkali kali perasanla.

Lagipun bagi aku pakai benda alah ni adalah FEAR FACTOR bagi aku sebab semua orang tahu aku penakut. Takut giler dengan doctor. Takut giler dengan benda benda sakit. Takut giler dengan jarum.

Maka, akhirnya aku berjaya menembusi ketakutan aku selama ni.
Yes, korang patut ucap tahniah pada aku tau. Respect habis. Begitu.

Tapi tapi tapi

Lepas dah pakai , dalam kereta 40km aku menangis tak berhenti.
Bukan sebab sakit tapi sebab muka aku jadi buruk giler.
Aku dah jadi rongak ;(

Tapi doctor cakap dalam masa beberapa bulan nanti okayla. Nanti dia akan mula rapat balik.
Harap harap cepatla. Aku rasa macam tak nak keluar rumah pun ada jugak. Malu, self esteem jatuh sejatuh jatuhnya.
Mesti ramai yang ejek ejek aku.

Patutla doctor tu banyak kali tanya aku, betul ke awak nak buat ni? Tak menyesal ke?
Selamba aku sound doctor tu balik, jangan tanya banyak kali nanti aku jadi takut.
Serius, dari waktu doctor nak cabut gigi tu sampai la kepada pasang besi pink tu aku tutup mata rapat rapat sambil air mata mengalir.
Gedik manja betul.
Habis segala doa aku baca. Sampai surah Yassin pun aku baca jugak.
Aku rasa macam nak tercabut nyawa pun ada.
Ngilu kotttttt.

Lepas ni aku tak heranla kalau ada orang panggil aku NABILA RONGAK.

Aku positif jela kan sebab aku sendiri jugak yang cari pasal.
Alahaiiiiiiii lambatnya 2 tahun lagi.

Mesti korang nak tengok kan? kan? kan?
nanti nantila aku upload. Buat masa sekarang ni aku tak boleh terima kenyataan lagi aku rongak huwaaaaaa


Mould gigi. ganas kan?
Malam tadi aku tak boleh tido okay. Sakit, sengal sengal rasa macam semua gigi aku nak tercabut.
Sakit sampai otak jadi biol tahu tak?

Btw, thanks to him tolong cool down kan diri yang dah takde semangat ni.
Aku cakap tunggu 2 tahun lagi baru boleh jumpa aku pastu terus dia cakap aku hilang akal. Acewah malu malu pulak tak leh blah HAHAHAHA

Sunday, June 12, 2011

auuuchummm

ketidak kesihatan kesejakan keakhiran keinian.
kepenatan.
kebersinan.
kehingusan.
kepucatan.

:(

masuk ni dah 80kali aku bersin.
dahla shift sekarang buat aku rasa macam zombie.
hari hari balik pukul 2 pagi.
next week midnite pulak.
phewwww...
boleh ke aku handle mata aku nanti?
entah entah sambil tido sambil cakap dengan customer bukan tak biasa buat camtu sampai customer jadi bengong dengar aku merapu.

Okay, gambateh!

Saturday, June 11, 2011

Thursday, June 2, 2011

june

Dah masuk june dah. Setengah tahun dah saya lalui.

Saya sedang cuba memperbaiki sikap diri sendiri yang semakin hari semakin jauh mencari hakikat sedangkan hakikat itu sangat dekat dan jelas.

Kadang kadang.

Normal lah kalau di dalam perjalanan kita akan menghadapi perlbagai dugaan dan kesulitan.
Saya tetap berusaha dan kecewa letak ke tepi.
Namun saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. TAWAKKAL.

Kalau rasa saya dan dia ini salah tolong kami Ya Allah!

Dan Alhamdulillah, dia semakin pulih. Luka pun dah kering.
Walaupun tak dapat berada di sisi tapi saya tetap doakan yang baik baik.
Dapat 3G pun jadilah.
Dan yang penting semoga dia sihat macam dulu jugak walaupun tangan dah masuk besi.
Rajin rajin buat fisioterapi okay.
Awak ada tangan besi dan saya pulak ada gigi besi. Cun bukan? hehehehe

Hmmmmm......sekarang apa kata hati?