Gong Xi Fa Chai Mr.Chin, Ms.Leow, Mr.Teng, Ms.Lim, Mr.Chin :)
(Sume nama kat atas tu nama bosses kat opis lama saya heee)
Okay, dah 2 hari saya keje time public holiday. Semalam keje pagi. Arini dan esok shift petang pulak.
Bukan OT tapi kene memang keje tau. Nasib boleh claim. Dabel.
Bagus jugak.
Boleh saya kumpul duit banyak2 sikit sebab skang ni ade penyakit panas takleh duk diam tengok BlackBerry pulak.
Macam macam ah nafsu ko ni cik nab oiii. Lepas itu ini.
Meh, sambung baca. Saya nak cerita pasal keje pulak.
Mood tengah suke gumbira neh. Adelaaa sebab apeeee...hahaha tak leh blah poyo :p
Saya adalah seorang CSE iaitu Customer Service Executive dekat Maybank. Ala bank harimau tu. Tau tak? Takkan tak tahu kot. Kalau korang tak tahu korang bukan orang Malaysia. Boleh gitu?
Tugas saya adalah membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh customer. Dah namanya berkhidmat untuk pelanggan kan. Jadi, kalau korang ada apa2 masalah pasal dengan Maybank just call me. Acewah, jangan mengada call nanti saya penat nak layan kamu.
Anyway, saya CSE untuk department Banking & Finance. Semua produk maybank dalam kefalahutak saya. Woh wajib tahu dan kene ingat dowh kalau tak macam mana nak handle customer.
Silap advise or bagi info kat customer mati lah kene complaint pulak. Semua perbualan talipon tu adalah dirakamkan. Apa kejadah customer memaki atau memuji kami boleh dengar balik. Berani buat taik memang cari penyakit ah. Harus disiplin dan penuh etika okeh.
Tapi itulah keje macam saya ni kene banyak sabar sikit. Dapat customer yang macam2 ragam. Dalam sehari kompem kene maki. Macam hari ni, customer maki saya "barua" tapi kena pandailah nak handle. Saya tak melenting pun. Cool bukan? (eh terpuji pulak)
Prinsip saya senang jer.
Jangan amik hati or port sangat tentang apa yang customer tu memaki. Sebab cuba letakkan diri kita sebagai seroang customer. Pasal duit semua orang akan jadi tak siuman. Almaklumlah, kat dunia ni nak kencing pun kene bayar ape. Jadi normal lah tu.
Dan juga, kalau jenis dapat yang tak reti bahasa dan kurang ajar tu. Takpe. Cakap dalam hati yang mengatakan saya
bukan dibayar untuk dimaki tapi untuk membantu anda. Kalau dia sakitkan hati saya secara melampau dan kasar maka saya tidak teragak agak untuk sakitkan hati dia balik akan tetapi dalam cara yang penuh profesional dan sarcastic. Terpaksa wei. Kalau tak rakam tu kompem saya yang juara mulut paling laser sekali kot hahahahaha
Nak cakap pasal gaji? Bolehla. Alhamdulillah masih boleh selesaikan semua hutang kereta, rumah sewa dan perbelanjaan saya setakat ini.
Itu ajelah nak cakap pasal keje saya. Nampak memang senang tapi sebenarnya ia memang senang ;)
Ini gambar masa keje petang tadi. Shift 2 petang sampai 1045 malam.
Kebiasaannya hari biasa saya memang busy. Takde masa nak gosip sana sini. Fokus nak mati buat keje gitu.
Tapi disebabkan hari ni public holiday jadi keje pun takdelah banyak macam orang gila sangat. Sangat lega dan boleh bernafas melalui lubang hidung comel saya ni. Siap bawa laptop lagi pegi opis. Selamba berani hiksss
 |
| Kusyuk dengar customer membebel |
 |
| Setelkan masalah customer. Tulis report. |
 |
| Haaa...kantoi online fesbuk twitter kat ofis yer!! |
Oleh itu, anda ada masalah dengan Maybank? Call lah talian panas kami yer.
Nak number phone ke? Arghh cari sendiri. rajinlah sikit. pegi google takpun pegi baca website kami tu. Semua dah ade kat situ.
Antara faham dengan tak jer.
Okeh.Blah.
Chiow lu!
* Photo taken by Jimmy yang senyap2 rembat HP saya untuk skodeng*
-Nab-