Wednesday, December 8, 2010

Teruk

Saya menangis dengan teruk semalam dan hari ini.

Sungguh, TERUK!

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu  menghadapi dugaanMU ini. Amin.

;( ;( ;(


PS : Selera makan jatuh merudum. Ade peluang nak kurus sikit.

Tuesday, December 7, 2010

I Hate This Feeling :(

I hate moody.

Okay, saya sebenarnya bukan sorang yang moody. Susah jugakla nak tengok saya moody.
Tapi hari ni saya rasa macam nak nangis2 je. Memang ada sebab. Tapi takmo bagitau.
Saya suka simpan dalam hati lama lama nanti jadi makin kurus sebab makan hati hekkk

I need to be alone :(

Apa yang saya rasa sekarang, nak nangis tapi airmata tak keluar. Keluar sikit je. Hoh giler mahal airmata macam berlian :p

Okeh, blah!

Sunday, December 5, 2010

You made my day,kids!

Mereka ini pengubat sakit jiwa duka lara tak kira bila masa pun.
Nasib ada mereka iaitu makhluk comey di bawah ini dekat dengan saya.
Hanya beberapa minit dari tempat tinggal saya.
Haa...dorang duk section 4, Shah Alam ni je pon.
dekat kan dekat kan? hehehe

Bangun pagi semalam tetiba teringat kat diorang.
Dah lama tak bawak dorang jalan jalan & tengok wayang.
Last sekali hujung tahun lepas kot tengok citer Transformer.

Terus mandi2 pegi culik diorang pastu bawa pegi IOI Mall Puchong layan Rapunzel A Tangled Tale!
Seronok betul melalak menyanyi dalam kete dengan dorang ni. Pastu gelak gelak macam budak umur 6 tahun jugak.
Tetiba anak buah saya yang laki tu tanya

" Suela, umur suela sebenarnya berapa ek?"

Kahkahkah kuang asam punya budak.



Peace korang

kami menggila dalam kete sebab jem!


Amir Iqbal yang suke makan

Alolo Si Alya yang malu malu

korang comey tahu tak?

sorang2 nak popcorn dan 2 air.pastu nak terkencing.hepp!
Hmm sebenarnya saya yang eksaited lebih nak tengok citer Rapunzel tu hahaha (kan dah kantoi)

Anak anak kakak saya ni baik dan sangat dengar kata sebab tu suke bawa dorang keluar.
Ingat nak bawa sekali Si Azib kecik tu sebab dia nangis2 nak ikut tapi akak tak kasi pulak.
Takut mencari Si Ibu nanti mati la saya nak handle hehehe

Anyway, dah hantar dorang saya balik umah rehat kejap.
Pastu Incik Afiq datang umah ajak keluar.
Kami pegi IOI Mall (lagi sekali?)...tapi kami pergi Kotak Merah..
Yeeehoooo sangap nak karock dah terbalas.
Malangnya semalam tak besh. makanan kat Redbox puchong teruklah lagipun saya was was. Entah halal entah tidak. Euwwwww
Nyanyi2 sambil makan hotdog 1901 yang dibawa masuk secara senyap sebelum kantoi dengan staff redbox.
Hampeh...baru makan separuh kot. Manatau NO OUTSIDE FOOD!

Anyway, I had a blast weekend! Luv & Heart You Muchas Gracias =)

Saturday, December 4, 2010

Am not morning person

*Sigh*

Saya nak buat confession jujur di sini. 
Am really not morning person. Siyes, saya susah bangun pagi.
Kalo bangun pun solat kejap pastu tido kebaaboooom balik.
Muka masam2 kalo bangun pagi. Kalo dah buka mata pun masih lagi tarik2 pink blanket saya.
Takkkkkkkkkk sanggup nak mandi. Malas nak iron baju. Sayang kat tido tu.

Tapi start minggu depan iaitu direct dua minggu, saya kene keje pagi. 
Pukul 7.30 beb.
Woh agak mencabar. Kompem saya kene bangun awal.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Takpe, saya yakin saya mampu!
Positif nabila positif. Rajin sikit. Jangan malas2.

*Smile*

Friday, December 3, 2010

Superman's Bufday!

Wish you HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY MY DEAR!

Well oh well, kamu baru saja 26 tahun hari ini. Its 03 Dec.

Be a Good Son and Man..Oh my man okay.


Syahir Afiq,

Syukur kita masih bersama sehingga ke hari ini selepas segala macam yang terjadi.
Suka, duka, kecewa, perit, pedih dan pasrah tetapi sayang masih tetap di situ.

Kamu sentiasa doakan saya. Kamu yang selalu tenteramkan bila saya sedang down. Kamu yang kalut bila tengok saya lapar. Kamu yang selalu ingatkan saya. Kamu yang marah bila saya degil. Kamu yang selalu lambat bila dating.

Walau ape pun, kelebihan dan kekurangan kamu saya terima seadanya dan begitu juga saya. Bak kata pakar motivasi terkenal  negara saling melengkapi. Cewah gitu hehehe...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kita. Sama-sama kita doakan. Amin.

Lastly, I've been such a great moment knowing you within 3 years. Thank You & Happy Birthday, Dear!

Esok saya belanja awak makan okay. Hmmm lainkali saya masakkan ayam masak merah tu ye.

Heart You =)

With heart,
AngelBilla

Thursday, December 2, 2010

Kenapa masih ada orang google "NABILA ABAS"??

Penuh tanda tanya????


Giler lah stalker..hek
Banyak kali pulak tu.
Siapa anda? Cari apa dengan saya? Sayakah yang anda cari itu?


TAK FAHAM

Saya boleh detect IP address anda. Jangan risau. Jangan takut. Jangan malu segan okay.

Oleh itu, saya akan privatekan blog ni =)
Terima kasih!

Regards,
NBA

Wednesday, December 1, 2010

Hepp

Nak tau tak? nak tau tak?
Haa...nak cakap ni.
Ingat tak orang yang marah saya haritu...

Dia kan..datang kat saya tapi bukan cakap sorry but the situation is almost like that la. Macam nak say sorry tapi dia boss kan..So ego nombor satu beb!
Pssssttt psssttt (gaya gossip) dengar citer dia sudah di basuh cukup2. Oleh sape saya tak pasti.
Hmmmm....
Bagusla, at least dia dah improve better skang ni.
Dah tak terjerit macam monyet dah.

Anyway, saya nak cakap citer The Next Three Days tu besh sangat.
Citer pasal family gitu. Suke suke suke!
Betapa sayangnya seorang husband kat wife dia yang tak bersalah tapi telah dipenjarakan bertahun2.
Lepas tu husband dia wat plan nak larikan wife dia senyap2. Tapi wooo dia punya plan tak agak2. Terbaik jugakla heeee...

Lastly, diorang hidup happily everafter lepas berjaya larikan diri ke obersea.
Nanti korang korang jangan lupa bawak awek, pakwe ke pi tengok citer ni na.
Daaa...